relation

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 3 October 2012

tidak sihat???

erm..lama sungguh xberbelog..Cik anna xsihatla sejak keblakangan ni..mkn xlalu..demam la..gastrikla..mcm2..Ni la org kata bila tarikh kwen nk dekat kn...mcm2 rasa..sampai kesihatan n kecantikan diri pun xjaga..serabai ja..huhuhu..apa nk buat kn..dah xlrat..mls nk ambik tau psl diri lg..
cik anna mmg sgt2 xlrat la..mcm nk benti keja duk umah ja..pasal majlis kwen pun cik anna dah xendah lg..bia cuti je rehat or tdo kt umah...hope lepas ni cik anna balik..bnyak nk prepare ni.."ya allah..sembuhkanlah aku"..amin

Friday, 30 March 2012

bertunang bnyak dugaan.betoika??

Dulu, cik Anna tak caya kalau orang kata, bertunang lama-lama ni bahaya. Org selalu kata tunang lama bnyak dugaan..susah nk percaya kan?dlm mind cik anna masa 2, xkan bercinta sampai 5tahun lebih leh bertahan, tunang setahun pun xley..kalau sebelum bertunang boleh je bercinta dengan aman damai tak banyak gaduh-gaduh, selepas bertunang mesti la lagi seronok.. Rupa-rupanya, ada betoi jugak cakap owang tua2..Anna dah pun rasa dugaannya..------------>>
Nak tau ka rasa apa? strawberi ka epal ka? Mcm pria adala..pait!!
Mudah sangat nak terasa hati..sikit-sikit nak merajuk.. benda remeh pun nak sentap.. sampai kadang-kadang susah nak kawal.. Akal kata jangan merajuk, tapi hati kata nak merajuk jugak.. Biasanya hati yang menang (atau iblis yang menang?? hurmm..fikir-fikirkan..
Perbualan dalam telefon selalu berakhir dengan air mata, tak pun dengan hati yang kecewa.takpun dgn hati yg memberontak. Tapi bila depan mata sebenaqnya xtau lagi..huh..pelik perasaaan ni.
Masing2 rasa angin ja 1badan..feeling2 jarang2 ada..(kalo da pun mgkin berlakon..atau cuba nk ambik hati pasangan n nk eratkan balik hubungan yg tawar..)
Terasa susah nak kumpul duit..Otak pikiaq pasal duit ja..kewangan..tkut xcukup..pastu mula la rasa nak mnyalahkan 1sama lain..
Bila dah bergaduh tu, mula la terfikir “betoi ke dia ni pilihan yang tepat??”, “selamat ke/bahagia ke kalau kahwin dengan dia ni??”…Hurmmm…hati kena tetap kalau tiba-tiba terfikir macam ni…Jangan terpedaya hasutan syaitan…
Kadag2 rasa xmau kahwen, tkut, hati rasa was2.syg tiba2 tukar jadi tut..tut...Mula ada godaan orang ketiga.. Kalau sebelum ni pakai cantik-cantik pun tak ada siapa nak ngorat, tiba-tiba lepas tunang, pakai simple je pun org ngorat..(tpi yg ni Cik Anna xrasa pun..biasa2 ja..mcm biasa la org suka sakat..(kalo tunang cik Anna yg kena xtau la pulak kn..
Kekasih lama. Dah lama hilang, tiba-tiba muncul.(xlagi kot..)
Tiba2 rasa ada org lebih sygkan kita..
Bila nak pilih tarikh kahwin, ada je rasa nak tangguh-tangguhkan…contohnya, dari pertengahan tahun jadi hujung tahun…(xterjadi kat Cik anna lagi)
Hasutan dan bisikan syaitan nak tengok kita buat maksiat sangat kuat.. walaupun dah bertunang, yang haram tetap haram..Elakkan untuk keluar berdua..Bila jalan-jalan tu, bawaklah kawan-kawan ke, anak buah ke… 
Hurmmm…
Banyak kan? Tak dinafikan, ia memang menuntut kesabaran yang tinggi..Kena banyak mengalah dan selalu berdoa..
 "Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kami memohon perlindunganMU dari gangguan  iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Kami memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga..Amin Ya Rabbal ‘Alamin~~"

Friday, 9 March 2012

Cik Anna Kembali - Aktiviti weekend dipagi hari

hi...cik anna kembali..

dah lam rsnya cik anna tak update blog kan..bukan apa..xdak masa..
emm..sejak 2,3 minggu ni aktiviti weekend pg cik anna berubah la cket..kena bangun awal2..seawal 7pg. kena antaq mak p kursus haji, pastu singgah kat pasa pagi beli sayur, ikan @ apa2 yg nk dibuat lauk..sementara tggu mak cik anna abih kursus, cik anna p la kt libraary kulim dulu..nmpk mcm rajinkan...hehehe..tpi xrajin pun p lepak2 ja..tpi seronokla hirup udara kt luaq pagi2 ni.sllunya kalao cuti..pagi2 mesti bgun lmbt..paling lmbt kui10...hahahah..anak dara apa la kan..xpala..berubah cket2.(^_^)
apa2 pun cik anna dah mula best bgun pagi2..seronokkan..masa xdakla singkat sgt..kehidupan waktu pagi ni sememagnya best..rugila sapa yg habis pagi mggu dgn tidoq kt umah yer x??




cik anna yg sememagnya senget..hehehe..

Tuesday, 21 February 2012

kena curik-TOLONG

curik?apa benda 2?mahal?mesti hampa tertnya2 kn apala yg kena curi 2..
sebnaqnya hp cik anna kena curi..sedih sgt..syg hp 2..bru beli..mmgla xmahal..tapi sgt penting untuk cik anna..gmbaq2..no2 hp kwn2..susahnya hidup xdak hp..nasib En. tunang tolong p ambik balik no Cik Anna dekat clcom center.. thanks bnyak2 En. Tunang..jasamu dikenang..siap pos lagi bagi Cik Anna.Tapi Cik anna rasa dia terlupa kot nk pos HP baru sekali..hehehhehe...baru la dpt package..En. Tunang beli kan la Cik Anna Samsung galaxy  S11.xkecian ka pakai hp cabot ja tau, sat2 ja dia off sndirik..huhuhh...heheheh boleh la kn.. (^_^)

Monday, 20 February 2012

salahkah aku?

salahkah aku ya allah??
lancar lidahku berkata2..
terllu mengikut emosi ku tnpa mggunakan akal yg dianugerahkan...
harap belum terlmbt untukku berubah..'
bantulah aku ya allah...amin....

Friday, 17 February 2012

Rindu...Ombak..

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah

Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuesday, 7 February 2012

RebaH




Aku bukanlah pelari yang pantas 

Mengejar langkah mu adalah payah 

Tidak juga mau cuba untuk lebih laju 
Biar pun diri sudah ketinggalan
Jauh di belakang 
Berkali kali rebah


Aku tak mampu lagi berdiri 

Rebah ku ini rebah yang panjang

Tidak perlu cuba bangun lagi 
Aku selesa tersungkur di perdu janji 
Tangisan adalah hujan penyubur duka 
Dingin embun menambahkan
beku di hati ku 
Ku mamah mimpi bahagia 
yang tak kesampaian 
Ku hirup rindu yang tersisa
dan bertaburan 
Biarkan aku di sini kekasih 
Aku sudah tidak daya 
Untuk berlari mengejar pelangi..

YANG DICARI....YANG DIIMPI..YANG DIHARAP...


Sumber:http://www.iluvislam.com

Yang dicari,
walaupun bukan putera raja,biarlah putera agama.

Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai,
bukanlah sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat ruhani,sempurna hati.

Yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.

Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha ketetapan Ilahi,
itulah ketentuan sejak azali.

Tuesday, 10 January 2012

Gastrik menyerang lagi..



G A S T R I K...G A S T R I K...G A S T R I K...


semlam gastrik menyerang lagi..pagi tadi mkn nasi lemak pedas..perut mmg dah rs semacam je..tengahri mkn nasi jugak..masa mkn, perut rasa berat sangat.aduhhh.tiba2 perut dah jadi kembung dah..huh..pedih di ulu hati dan perut, bawak sampai ke belakang..lenguhnya..rasa xlarat sgt nak wat keja.tpi apa leh buat terpksa la tahan..balik umah,,terus mandi, letak minyak gamat sambil crying..heheheh(kat tmpt keja kena cover, malu, kena tahan..wat2 xsakit)...makn ubat gastrik n tidur..
Bagun tidur mkan roti+susu(lapar sgt)…pastu sakit balik perut.huh pedih..awatla sakit sgt..pastu bru leh tidur..xtau la awat gastrik ni teruk sgt, sllu lak skrg..kadang dalm smiggu 2x jadi..paling kurang semggu sekali..”ya allah..hope..xdak apa yg jadi kt perut ni”..bila jumpa doctor ckap “mkn xjaga ni, mesti sllu xmkn ontime.”.tapi cik Anna mkn on time ja..xmkn sakit..mkan pun sakit..huh..apa nk buat ni??

Saturday, 7 January 2012

Andai lelaki tahu



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi

percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
 Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. 
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

 tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima

anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa
depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan
sepenuh perhatian. 
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
 Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan

wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa
dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

 tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata 
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.

 Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 

jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
 Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih
baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
 Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu
kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
 Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa
menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan
hidup anda lebih sempurna. 
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.